KRT Flat Taman Pandan Perdana telah mengadakan aktiviti senam robik poco-poco yang di sertai oleh AJK Induk, Jiran Wanita, Jiran Muda serta juga penduduk setempat.
Ia nya juga di sertai oleh pelbagai kaum sejajar dengan matlamat Rukun Tetangga untuk menyatu padukan penduduk yang berbilang bangsa.
Selain daripada bersenam untuk kesihatan badan, ianya juga adalah untuk merapatkan lagi tali silaturrahim di antara kalangan AJK KRT Flat Taman Pandan Perdana serta penduduk setempat.
Walaupun ruang aktiviti tersebut agak terhad kerana menggunakan ruangan parkir, namun dengan kesedaran untuk kesihatan diri serta semangat yang tinggi aktiviti tersebut berjalan dengan lancar malahan bilangan peserta yang berminat makin bertambah.
Ilham untuk mengadakan aktiviti tersebut di cetuskan oleh En. Azami Saperi selaku Pengerusi KRT Flat Taman Pandan Perdana dan pereka senaman di ketuai oleh Timbalan Pengerusi En. Borhan Salim.
Senam robik poco-poco ini juga telah di jadi sebagai pembuka acara Sukaneka Pandan Perdana dengan di saksikan oleh tetamu jemputan dan tetamu VVIP YB Datuk Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pandan.
Aktiviti tersebut di adakan pada setiap hari sabtu serta ahad bermula jam 7.30 pagi bertempat di perkarangan kabin KRT Flat Taman Pandan Perdana.
Kepada penduduk setempat serta penduduk sekitarnya yang ingin menyertai aktiviti senam robik poco-poco ini kami alu-alukan kedatangan dan penyertaan anda.
Disediakan oleh Setiausaha
Jika boleh di adakan di kawasan taman kerana mungkin boleh menarik lebih ramai peserta.
ReplyDeleteia bagus untuk kesihatan tubuh badan dan ia juga boleh menarik minat remaja..
ReplyDeletekalau boleh remaja pun harus mengikutinya.. (aman308)
ReplyDeletetahniah kpd krt flat tmn pandan perdana kerana anjurkan senam aerobik ini syabas... (aman308)
ReplyDeleteaslkm kepada KRT pndn perdana perdana...sbgi slh seorg penduduk dicni sye agk kecewa dgn kelalaian pihak KRT (keselamatan). ini kerana terlalu bnyk masalah yg timbul berkenaan dgn keselamatan dicini...
ReplyDelete1)kehilangan motor dikawasan flat kite semakin menjadi2 sekarang dan saye amat pasti bahawa penduduk lain juga bimbang tentang keselamatan kenderaan yang mereka tingalkan di tempat meletak kenderaan. jadi saye berharap pihak KRT dpt mengambil tindakan yg sewajar berkenaan dgn isu ini.
2)PATI
PATI atau pun pendatang haram semakin ramai kelihatan menyewa di flat ini. kita bimbang keselamatan anak2 kite dan juga harta benda kita. bukan kite x tahu sejauh mana PATI boleh bertindak. bukan kite x dengar berapa banyak PATI menyamun di kuala lumpur. apa yang menjadi persoalan saye dimanakah kredibiliti pihak KRT dlam menangani masalah berkenan PATI.
jANGAN sampai kite terlambat untuk menyedari hakikat permasalahan ini.
3)sosial
saya bukanlah nak menyibuk hal2 rumah tangga atau pn ank org tetapi skt mate ni melihat remaja2 flat ini berpeleseran di tempat gelap dlm kwasan flat ini. dimanakah moralnya kite sbgi masyarakat yang bertamadun selain itu dimanakah ketegasan ibu bapa dlm mengawal ank2 mereka. fenomena ini amt membimbangkan saye sbgi penduduk disini. kita seperti keluarga tercubit peha kanan peha kiri pn terasa...renung2 kan lah
4)kabin
sebagai penduduk flat dicini saye amt kecewa dgn kedaifan kabin kite. bukan nak mengata atau tunjuk pndi tp KRT harus melihat kedalam aspek keselamatan kabin itu sendiri. Kabin tanpa first aid kit mahupun alat pemadam api. apakah itu yg kita pangil kabin? tempat kite bermesyuarat???
sampai bila kite nk jdi pencuri yg bersembunyi ats nama KRT?. pENCURI ELEKTRIK????
adakah betul atau wajar kite mencuri elektrik sedangkan kite punye peruntukan untuk mendapatkan bekalan tersebut secra sah.
saye amat berharap yg kabin KRT kite boleh menjadi kabin dlm erti kate sebenarnya. kabin yang lengkap dgn semua peralatan keselamatan dan kecemasan.
....saye mohon maaf jika terkasar bahasanya didalam luahan blog ini. tetapi ini utk kebaikan kite bersame dan juga untuk meningkatkan imej KRT PANDAN PERDANA juga.... time kasih!!!
ISU:JIRAN MUDA!!!
ReplyDeleteJiran muda merupakan pelapis masa hdpn KRT. tETAPI setakat ini saye x melihat dimana hala tuju jiran muda itu sndiri. peruntukan diberi tetapi xtiviti tak ade! dimana perginya peruntukan tersebut???
itu hanya AJK JIRAN MUDA sahaja dpt menjawabnya.
bukan nk dengki atau iri hati tetapi remaja2 yg lain di flat inij jga pnye hak sama rata keats peruntukan itu. seperti KRT, JIRAN MUDA juga hanya menjln kn xtiviti untuk AJK2 nye sahaja. habis remaja laen ape cerite???
dok melangut tgk AJK shj??? tak adil namenye itu!!!
macam tunggu buah kelapa x jatuh aje rasenye silap2 buah kelapa dah jtuh remaja kat cni masih tunggu lagi...
konon nk buat xtiviti tapi habuk pon tarak...
renung2kan lah yea AJK JIRAN MUDA...
MAAF LE KLU KASAR BUNYINYER
Kepada yang memberi komen kami mengalu-alukan komen anda.
ReplyDeleteSetelah beberapa tahun di tubuhkan KRT Flat Taman Pandan Perdana, tahun 2008 menampakkan kewujudannya.
Selama ini hanya pada nama sahaja.
Walaupun aktiviti banyak berkisar di kalangan ahli AJK KRT,ini adalah sebagai permulaan dan juga satu cara untuk menarik kalangan penduduk setempat untuk menyertai program seterusnya.
Antara program atau aktiviti yang telah kami jalankan :
* Gotong royong perkahwinan
* Gotong royong masak bubur Asyura
* Sukaneka
* Motivasi pendidikan
* Masak bubur lambok dan berbuka puasa
* Futsal, bola jaring, bowling
* Setiap sabtu & ahad senamrobik poco-poco
Tidak di nafikan masih banyak kelemahan serta kekurangan yang perlu di baiki.Yang penting dari tiada langsung aktiviti sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang telah kami lakukan.
Tugas keselamatan tempat kita adalah tanggung jawab semua bukan hanya terletak pada AJK KRT kerana bila Rukun Tetangga di tubuhkan di sesuatu tempat, secara automatik semua penduduk di tempat tersebut adalah ahlinya.
Memang adat manusia tidak akan merasa puas ada sahaja yang tak betul, tetapi komen cukup pandai.
Di kalangan AJK KRT sendiri ada mempunyai 3 kategori :
1 - Banyak cakap banyak buat kerja
2 - Tak banyak cakap tapi buat kerja
3 - Hanya tahu cakap
Setiausaha
teruskan usaha krt flat tmn pandan perdana... (aman308)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete